PUTRAJAYA: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2021 akan disemak semula menurun, mengambil kira impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
"Unjuran baharu itu dijangka diumumkan pada pertengahan Ogos, bersama dengan angka defisit," katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan KDNK 2021 negara berada dalam jajaran antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus.
"Kami kini sedang mengkaji impak PKP ketika ini di bawah Fasa 1, 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara.
"Fasa 4 mungkin mempunyai impak yang sedikit ke atas KDNK susulan pengenalan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)," katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan yakin pelaksanaan PEMULIH, yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam boleh meningkatkan KDNK sebanyak dua peratus.
Mengenai suntikan fiskal langsung sebanyak RM10 bilion di bawah PEMULIH, beliau berkata dana itu diperoleh daripada peningkatan hasil kerajaan, sebahagiannya daripada dividen tinggi daripada badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan, pengoptimuman perbelanjaan dan peningkatan pinjaman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Tengku Zafrul berkata kerajaan yakin pelaksanaan PEMULIH, yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam boleh meningkatkan KDNK sebanyak dua peratus. - BERNAMA
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen.
Astro AWANI satukan pemain industri, pacu kewartawanan AI
Sekali lagi Astro AWANI terkehadapan menganjurkan platform perantara isu yang paling kerap dibualkan, terutamanya menghadapi teknologi kecerdasan buatan.
Kali ini Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) berjaya menganjurkan sidang meja bulat “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai platform mengumpulkan para pemain industri tentang implikasi pengunaan teknologi ini terutamanya didalam dunia penyampaian berita berita.
Kali ini Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) berjaya menganjurkan sidang meja bulat “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai platform mengumpulkan para pemain industri tentang implikasi pengunaan teknologi ini terutamanya didalam dunia penyampaian berita berita.
Unjuran KDNK naik 6.5-7.5 peratus pada 2021 berdasarkan jangkaan ekonomi tahun depan
Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.